Bangunan Kura-Kura

Ahhhh…..tension dibuat nye, teruk sangat bangunan nie di selenggara, semua makan gaji buta aje…..

lif ade lapan, tapi yang dibuka cuma sebuah untuk tampung segala urusan waktu pagi di 21 tingkat.

Bila guna lif untuk tingkat 22 keatas, tangka kecemasan plak tak dibuka walaupun sudah jam 8.40 pagi tapi kadangkala 8.15 pagi sudah dibuka pulak ( tak konsisten )……….

betul-betul teruk dan teruk……….

waktu petang pun begitu juga, walaupun sudah 7 malam tapi hanya sebuah lif gak dibuka………klu can gini susahlah kalau nak cepat……..lembab macam kura-kura

Nak tahu bangunan mana, bangunan mana lagi kalau tak bangunan unta di jalan yks….

Heboh untung berbillion tapi kedekut

Heboh satu negara, untung tahun nie 300% berbanding tahun terdahulu itulah yang diwar-warkan oleh sebuah bank dinegara ini, Bank “A” berkata ” tahun ini keuntungan kami berganda hasil dari usaha pekerja yang telah bekerja keras”. ini membuatkan para pekerja merasa amat beruntung kerana mungkin akan mendapat imbuhan yang tinggi tahun ini. Tapi itu semua hampa berlaka, sebaliknya imbuhan yang diberikan lagi teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya. Rupa-rupanya segala kata-kata bank “A” adalah dusta dan penipuan semata-mata.

Ini lah masalah bank atau kompeni melayu tak tahu menjaga hati pekerja, selagi boleh ditindas, depa terus menindas tanpa rasa bersalah.  Depa ingat dengan berbuat begini syarikat akam maju ke ? Balik belajar dulu cara2 nak berniaga, jangan asyik nak pentingkan diri sendiri dan kroni aje.

Executive dianak tirikan

Kebelakangan ni banyak berita gembira megenai kenaikan dan penyelarasan gaji yang diterima oleh pekerja bank. Penyelarasan yang memecah 30% itu sangat baik kepada mereka yang menerima dan tunggakan selama hampir 30 bulan pula diibarat durian runtuh.

Disebalik kegembiraan itu ada yang menelan air liur sahaja. Mengapa Executive tidak diberi layanan yang sama? Adakah executive tidak penting?

Lu fikirlah sendiri

Kepuasan bekerja…

Anda puas hati dengan layanan majikan ditempat kerja ? jika tidak mari kita berkongsi pendapat….

Gaji kecik tapi kerja lebih

Ini lah dilema pegawai-pegawai bank berpangkat rendah di salah sebuah bank tempatan. Setiap tahun bank ini akan membiayai mana-mana sambutan tahun baru walaupun terpaksa membayar ratusan ribu, namun nasib kakitangannya diabaikan terutama pegawai-pegawai yang berpangkat rendah. Sudahlah gaji yang ditawarkan jauh lebih rendah dari mana-mana bank tempatan yang lain dan dengan kenaikan gaji yang tak menentu, kerja lebih masa pun tak dibayar dengan bayaran yang sepatutnya. Bayangkan jika seorang pegawai rendah dengan gaji RM1,800 sebulan, dikerah bekerja sehingga mampu mencapai status kerja yang biasanya untuk pegawai bergaji RM5,000 sebulan hanya dibayar RM12 sehari untuk kerja lebih masa, walaupun telah bekerja lebih 4 jam.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.